Pasir Puteh, 24 Jun 2024 – Pada 28 Jun 2024, RedRadar Care, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang diasaskan oleh RedRadar International di bawah kepimpinan CEO Faizal Salleh , dengan usaha sama Persatua Insan Istimewa Kelantan (INSANI), telah mengadakan satu acara yang dipanggil Program Bantuan Pendidikan #RedMomentWithYou. Program ini bertujuan untuk menyumbang dana berupa bantuan biasiswa pendidikan dan meluangkan masa bersama mereka
Acara ini telah diadakan di Dewan Haji Tuan Ismail, Kampung Tasek Pauh, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Program ini mendapat sokongan penuh daripada YB Senator Dr. Wan Martina Bt. Wan Yusoff, seorang Ahli Dewan Negara; YB Zameri Bin Mat Nawang, ahli Parlimen Bachok; dan YB Mohd Rodzi bin Jaafar, ahli Parlimen Pasir Puteh.
Program Bantuan Pendidikan #RedMomentWithYou berjaya menarik perhatian ramai dan telah menerima pujian atas usaha murni untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan sokongan dari pelbagai pihak, program ini menunjukkan betapa pentingnya kesepakatan dan sokongan komuniti dalam membantu golongan yang memerlukan.
Acara ini juga merupakan satu platform yang baik untuk memupuk semangat kemasyarakatan dan menggalakkan lebih ramai individu dan organisasi untuk turut serta dalam usaha murni ini. RedRadar Care berhasrat untuk terus menganjurkan program-program seperti ini di masa hadapan, dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.