Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lepas iaitu 30 Disember 2023 telah berlangsung dengan jayanya salah satu lagi aktiviti kebajikan yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan RedRadar (PKRR) dengan kerjasama daripada Kenchara Soup Kitchen iaitu Program “STREET DISTRIBUTION: FEED THE NEEDY”.Program ini diadakan disekitar bandar Kuala Lumpur bermula daripada pukul 7.30 malam sehingga 10.30 malam.
Seramai 9 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan RedRadar International dan juga PKRR telah menyertai program ini, dan turut serta dalam program kali ini adalah Pengasas serta Penaung untuk Pertubuhan Kebajikan RedRadar bersama dengan kumpulan beliau. Kami mewakili seluruh ahli kerja program sangat berbesar hati dengan kehadiran beliau dan pada masa yang sama dapat menjalankan aktiviti ini bersama sama.
Antara fakta menarik yang dapat dikongsikan melalui aktiviti ini adalah, memandangkan kami bekerjasama dengan Kenchara Soup Kitchen, maka setiap gelandangan yang mendapat bantuan agihan makanan dari kami merupakan mereka yang telah mendaftar dengan NGO ini. Dan secara tidak langsung, mereka adalah ahli dan menjadi rutin untuk setiap minggu mereka berkumpul dan mendapatkan bantuan agihan seperti ini.
Setiap individu yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini sangat bersyukur dan berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk merasai secara langsung berjumpa dan mengagihkan bantuan kepada mereka, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Setiap daripada mereka ada yang mempunyai keluarga, tetapi tidak dijaga sehingga terpaksa menjadi gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Kami juga membuka ruang dan peluang kepada mana mana individu yang ingin turut serta dalam menyumbang kepada pertubuhan kebajikan RedRadar supaya lebih banyak aktiviti seperti ini dapat dijalankan di masa hadapan. Untuk menderma , anda boleh melayari laman web www.redradarcare.com atau berhubung terus dengan pegawai kami di talian 03-6144703 (Puan Siti).