“Sumbangan yang kecil dari kita mungkin tiada apa-apa, tetapi untuk yang memerlukannya, ia bermakna dunia,” Faizal Salleh, Penaung Pertubuhan Kebajikan RedRadar dan CEO & Pengasas, RedRadar International
POKOK SENA, KEDAH – Dalam usaha meneruskan tanggungjawab sosial korporat, Pertubuhan Kebajikan RedRadar telah mengadakan program agihan beras hari ini dengan mengagihkan sebanyak satu beg 5kg kepada setiap keluarga daripada 50 wakil penerima di sini. Inisiatif ini bermula di pejabat CEO RedRadar International, Tn. Mohd Faizal Salleh yang juga Penaung RedRadar dan CEO & Pengasas RedRadar International.
#RedRadarKongsiRezeki merupakan satu inisiatif di bawah payung ‘Caring’ dan keprihatinan Pertubuhan Kebajikan RedRadar terhadap komuniti B40 yang memerlukan bantuan. Kami percaya bahawa setiap sumbangan kecil yang dihulurkan mampu meringankan beban kehidupan mereka. Namun demikian, program sebegini tidak terhad pada bulan Ramadan sahaja, malah kami sentiasa mengadakannya di pelbagai lokasi sepanjang tahun.
Selain itu, RedRadar turut komited melalui program #RedMomentwithyou dengan menaja pendidikan kanak-kanak kurang bernasib baik berumur antara 7 hingga 12 tahun dengan jumlah RM150 selama 6 bulan. Buat permulaan, 100 pelajar di Kelantan akan menerima manfaat daripada kerjasama dengan kerajaan negeri tersebut. Tidak ketinggalan, #RedRadarPrihatin juga menganjurkan aktiviti lain seperti khidmat komuniti, sokongan kepada pelajar dan pusat tahfiz.
Sebagai sebuah organisasi kebajikan, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai dan syarikat korporat. 5% daripada jualan RedRadar International akan disalurkan ke Tabung Pertubuhan Kebajikan RedRadar bagi meneruskan usaha murni kami. Namun begitu, adakah itu sudah cukup? Bukankah sepatutnya tanggungjawab sosial ini dipikul bersama?
Kepada para usahawan dan pemilik syarikat yang sering lupa bahawa kenikmatan & rezeki seharusnya dikongsi bersama, inilah masanya untuk berubah. Bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri hanya akan meninggalkan kesan pahit kepada masyarakat. Sedarkah anda bahawa setiap sumbangan dari pihak tuan/puan mampu mengubah kehidupan ramai yang masih tercari-cari peluang untuk berjaya? Jangan biarkan sikap kedekut menghalang anda dari meraih keberkatan hidup yang sebenar.
Marilah bersama-sama menyatukan tenaga demi membina sebuah masyarakat yang lebih adil, prihatin dan saling bantu-membantu. Sertai kami sebagai penaja dan sama-sama membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. Sesedekah anda mungkin kecil dari sudut pandangan tuan/puan, tetapi bermakna besar buat mereka yang kurang bernasib baik.
#ProjekAgihanBeras #RedRadarPrihatin #RedRadarCare #KernaKamiPrihatin
Nama Akaun: Pertubuhan Kebajikan RedRadar
Nama Bank: RHB Islamic Bank Berhad
No. Akaun: 21258100030872
Layari laman web redradarcare.com untuk lebih info tentang aktiviti kami di masa akan datang.